SUKAN DAN PERPADUAN

  MPU21032 

(PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)


       TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN


        Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca....Blog ini ditulis untuk memberi penerangan tentang sukan dan perpaduan....Semoga dapat berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai ini ini kepada para membaca...


Pengenalan :-


APA ITU SUKAN ?

        -Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walau bagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.


APA ITU PERPADUAN ?

        -MENURUT WIKIPEDIA

                - Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

 

        -MENURUT IBN KHALDUN 

                - Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk  nasionalisma moden, menyerupai sistem komunalisma. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.

Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.

 

           -MENURUT DURKHEIM 

                Mengikut Émile Durkheim, jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat. Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya, The Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga Kerja dalam Masyarakat). Dalam sesuatu masyarakat yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan datang daripada warga yang serupa – warganya berasa terkait melalui kerja, pendidikan dan latihan keagamaan, dan cara hidup. Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang "tradisional" dan masyarakat kecil.[5] Perpaduan organik pula muncul daripada pergantungan saling dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan saling bergantung ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakat yang saling melengkapi, yakni perkembangan yang terdapat dalam masyarakat "moden" dan "industri".


APAKAH KEPENTINGAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN ?

    -        Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi

    -        Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat

    -        Penyertaan aktiviti tidak terhad kepada kaum tertentu

    -        Membuka peluang seluasnya kepada ,mereka yang berminat di peringkat sukan adalah aktiviti kokurikulum

    -        Penubuhan majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia/MSSM

    -        Mengadakan temasya sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal.kemudian sukma mula diadakan setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara negeri

    -        Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan


TEMASYA SUKAN ANTARABANGSA


SUKAN OLIMPIK



Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancisbernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.

 

SUKAN KOMANWEL

 

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 diHamilton, OntarioKanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.


SUKAN ASIA



Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak tahun 1951.Atlet perlu didaftarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mengikut kewarganegaraan atau kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara pemberian pingat dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang memungut pingat. Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan mengambil bahagian.Hal yang istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut serta dan namanya digelar China Taipeiberdasarkan status politik Taiwan yang belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun,Republik Rakyat China, dan Korea Selatan.

 

SUKAN ASIA TENGGARA / SEA



Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di TokyoJepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara


KEBAIKAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN ?

        Dapat membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas tanpa mengira usia,kaum mahupun                       bangsa

        -Dapat mengeratkan silaturrahim dan tali perpaduan antara masyarakat tanpa mengira bangsa

        -Memupuk nilai-nilai murni sesama masyarakat

        -Dapat menaikkan taraf sukan negara kita dan bersaing di mata dunia

        -Mampu menjadi suatu sumber pendapatan kepada penggemar sukan


APAKAH OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA ?

        1. Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan masyarakat; 
        2. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya sukan             di kalangan masyarakat;  
        3. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi                 membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu; 
        4. Menyediakan peluang, insentif dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu            melalui sukan; 
        5. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat; 
        6. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir urus yang                 profesional;  
        7. Membangunkan sukan sebagai satu industri; dan  
        8. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat             kesukanan yang tulen.


KESIMPULAN :-

Kesimpulannya,sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.


PEMBUKAAN SUKAN SEA 2019 



KUMPULAN 6 :-

AHLI  :1)NURUL SYAFIQAH QISTINA BT AHMAD ZULKHIBRI (F1013)

             2)ANIS SURAYA BT MUSTAFA (F1118)

            3)HILMA AUNI BT MOHD KAMALI (F1005)

            4)DURGAMBIGAI A/P SARAVANAN (F1001)


CHECKED BY : USTAZAH NURUL FUADDI


Comments